STEVIA

APAKAH ITU STEVIA ?





Pengenalan
Stevia (disebut sebagai STEE-vee-uh) , adalah pokok renik Amerika Selatan yang berasal daripada Paraguay, di mana daunnya  telah digunakan sebagai pemanis oleh orang India Guarani lebih daripada beribu tahun dahulu.
Walau pun rakyat India telah menggunakan Stevia berabad tahun, ia tidak dikenali sehingga tahun 1899 apabila tumbuhan itu ditemui oleh M.S. Bertoni. Beliau memerhatikan kaum asli tersebut menggunakan tumbuhan itu untuk menjadikan minuman mereka yang pahit menjadi manis. Akhirnya, Bertoni diberi pujian kerana berjaya menemui spesis baru  dan beliau juga diberi penghormatan apabila stevia turut dikenali sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni.
Kandungan Stevia
Bahan utama stevia adalah Stevioside dan Rebaudioside, dan kedua-dua bahan ini mempunyai banyak kelebihan, ia bebas kalori dan mempunyai rasa manis yang tinggi berbanding dengan gula..
Steviosida (glikosida) dan Rebaudioside-A (StebianA Stevia) telah dibuktikan 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula.
Kelebihan Stevia
Stevia adalah bebas kalori ,tidak ada toksik, karbohidrat sifar dan memberi manfaat kepada masalah kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi, kerosakan gigi dan kandungan gula dalam darah yang tinggi atau rendah (hypo-and hyperglycemia). Ia  semula jadi, alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan saccharine.
 
Kelebihan ekstrak STEVIA
1. Mengimbangkan kandungan gula dalam darah
2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
3. Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki dan perempuan
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
6. Membantu menurunkan tekanan darah
7. Membantu sistem penghadaman badan
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan
10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda 

Antara ciri-ciri STEVIA ialah :
1. Pemanis semulajadi 
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bakteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Membantu menurunkan berat badan
 
 
Bebaskan diri anda daripada kalori! Gunakan stevia hari ini!
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment